Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya dia adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya dia adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya dia adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya aku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah diakesabaran untuk terus membimbingku..
Sekiranya aku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah dia kekuatan Mu untuk dia memperbetulkan keadaanya
Sekiranya aku menyintai kesesatan
Kau pandulah dia untuk menarik diriku keluar dari terus terlena
Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah ...
sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku wanita yang disenangi manusia
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi wanita Soleha
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
dan aku memohon agar dia untuk diri ku seorang saja.
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi wanita yang dirahmati
Wanita yang dikasihi
Wanita yang soleha
Wanita yang sentiasa dihati suaminya
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
No comments:
Post a Comment