This blog is about my life as a girl... :-)

Scrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image GeneratorScrolling MySpace Image Generator

BLOG INI KEPUNYAAN AKU.....!!

Wednesday, December 29, 2010

Menghitung hari.....

Semakin hari semakin menjelma tahun baru...
Apakah yang akan berlaku...?? Bagus kah?? Atau Tak bagus??
Kite nantikan nye je lah ye.. Hopefully baek2 aje..
Tahun yang makin mencabar jiwa dan keimananku...
Semoga ku dapat mengharunginye dengan tabah dan kuat..
Saya berharap semua masalah dapat settle dengan baik..
Saya ingat mengubah diriku ini ke arah kebaikan..
Menjauhkan semua kejahatan dalam diri dan juga luar..


"...Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan agar aku mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh". (An-Naml 27:19)


Insyallah...saya percaya sekiranya kita ada niat, 
kemahuan dan usaha untuk berubah mesti akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. 
Tiada gunanya jika sekadar kita ada niat untuk berubah tetapi tidak ada usaha...
Tapi...pesanan tuk semua dan untuk diri saya sendiri, 
biarlah kita berubah ke arah kebaikan dan bukan dari baik kepada tidak baik. 
Memang sesuatu yang sangat merugikan sekiranya itu yang berlaku. 
Jadi, jangan pernah mengalah dan putus asa sekiranya kita pernah berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya sebaliknya kita kena terus berusaha dan jangan pernah berhenti. 
Lagi satu, jangan kita melakukan perubahan itu disebabkan oleh orang lain. 
Biarlah perubah itu ikhlas atas dasar keinginan diri sendiri 
serta Lillahita'ala yakni kerana Allah...itulah yang terbaik. 

Terdapat beberapa tips yang boleh sama-sama kita amalkan sekiranya mahukan perubahan dalam hidup

NIAT.
Perubahan harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemarahan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya.


TETAPKAN MATLAMAT.
Matlamat yang utama pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Matlamat yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Contohnya anda ingin berubah daripada seorang yang jahil tentang ilmu agama menjadi sarjana Islam yang hebat dalam masa beberapa minggu. Tentu mustahil bukan? Mulakan dengan usaha yang mudah. Contohnya anda kini konsisten mengikuti kuliah agama di surau dan masjid setiap malam. Itu mungkin hijrah diri terhadap ilmu. Anda meletakkan sasaran bahawa dalam masa 1-2 tahun ini anda dapat memahami konsep asas Islam. Atau dalam masa 2 tahun akan datang anda dapat menguasai hukum tajwid dan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik.

BUANG PERSEPSI YANG SALAH.
Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Anda mengkin mempunyai persepsi bahawa hanya golongan yang baik-baik sahaja yang dapat kemanisan iman. Segala tanggapan negatif bahawa anda tidak layak untuk berubah harus dibuang jauh-jauh. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apakah keinginan anda. Catatkan juga apa yang ingin diubah, lantas sebutkan sebarang perubahan positif tersebut berkali-kali agar membentuk suatu persepsi yang baik. Buang segala persepsi hanya insan terpilih sahaja yang boleh menemui jalan pulang. Mengapa tidak anda?

HENTIKAN PERKATAAN NEGATIF.
Perhatikan perkataan yang negatif yang sentiasa keluar dari mulut anda. Perdengarkan pula kata-kata positif yang keluar daripada orang-orang hebat. Latihlah diri untuk menuturkan kata-kata hebat tersebut agar diri anda seperti menjadi orang yang baru. Tukarlah kata- kata kegagalan kepada nota-nota kejayaan. Lafazkanlah kata-kata “aku ingin berhijrah”, “aku ingin berubah”, “aku pasti boleh berubah” , agar diharapkan ia menjadi suatu doa yang baik.


BANYAKKAN MEMBACA DAN MENDENGAR KISAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA.
Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran tentang bagaimana akhirnya wanita- wanita mendapat hidayah untuh tampil bertudung menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Dekatilah tokoh-tokoh serta ahli agama yang sentiasa akan memberikan motivasi dan nasihat. Ambillah pengajaran daripada kisah kesedaran insan terpilih tersebut. Ia penting untuk anda mengorak langkah mencerna hijrah diri. Hadirilah ceramah motivasi pengkisahan insan-insan yang berjaya mengubah diri ke arah kebaikan.


PEDULIKAN APA KATA ORANG.
Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana omongan kosong orang-orang yang iri hati dengan perubahan positif anda. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan kafir. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.

BERDOALAH.
Allah sesungguhnya telah berfirman:
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."
(Al-Mu’min 40: 60)
Berdoalah untuk pilihan yang unggul buat kita mengharap pertolongan daripada Allah. Tiada kuasa lain yang mampu untuk membantu keinginan diri untuk berhijrah daripada kesesatan kepada kebaikan. Jangan kita lupa bahawa Allah menentukan segala niat dan keinginan diri dimakbulkan. Jadi, berdoalah diiringi keinsafan terhadap dosa-dosa lalu, mohon diampuni-Nya. Berdoalah agar segala usaha membaiki diri itu dibukakan jalan yang luas tanpa halangan berliku.


Benarlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud " Pada akhir zaman nanti , umat Islam laksana buih-buih dibawa arus, mungkin kerana gagalnya kita menguruskan perubahan . Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menguruskan perubahan dengan baik. Lakukanlah perubahan yang kecil tapi hasilnya besar. Mulalah dari yang kecil, perubahan yang besar pasti akan datang...cayok2!!!

"Sesunggunya Allah tidak akan mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum s ehingga mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka sendiri "
(Al-Ra'd 13:11)
 
Aku mesti kuatkan iman... ALLAH mengujiku....

Hak milik terpelihara oleh NUR IZDIHAR SYAHIRAH :)

No comments:

Post a Comment